Our first class in food and beverages service.
Bismillahirrahmanirrahim…
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum
wbt. Hari ini kami ingin mengemaskini blog baekpunyeservice ini
dengan perkembangan kelas food service and beverage buat pertama
kalinya secara rasmi di Politeknik Ibrahim Sultan yang dihaddiri oleh
pelajar kelas kami.
Kami
pelajar kelas DHK3A dengan berkobar kobar berserta semangat yang
tinggi hadir ke kelas ini dengan uniform yang masih baru beserta
dengan senyuman melangkah girang untuk menghadiri kelas ini. Masing
masing segak bergaya mengenakan uniform FNB yang baru.
Apabila
jam menunjukkan tepat pukul 8:00 pagi, kedua pensyarah kami datang
untuk membuka kunci Restaurant Baiduri. Untuk pengetahuan para
pembaca, kelas FNB kami dijalankan di Restaurant Baiduri yang
terletak di dalam poli kami. Kami sungguh senang berada di Restaurant
itu kerana keadaan yang selesa bahkan lengkap dengan peralatan untuk
kami belajar subject ini
Baiklah, kami teruskan cerita kami yang tertangguh tadi.. hihi.. setelah pintu dibuka seluasnya untuk menjemput kami masuk, kami mengambil tempat masing masing untuk mendengar arahan daripada kedua pensyarah kami. Kami diberikan penerangan serta video amatur mengenai cara membersihkan peralatan seperti tableware, glassware, crockery and others.
Baiklah, kami teruskan cerita kami yang tertangguh tadi.. hihi.. setelah pintu dibuka seluasnya untuk menjemput kami masuk, kami mengambil tempat masing masing untuk mendengar arahan daripada kedua pensyarah kami. Kami diberikan penerangan serta video amatur mengenai cara membersihkan peralatan seperti tableware, glassware, crockery and others.
Setelah
diberikan secara panjang lebar oleh lecturer kami, kami diberikan
arahan untuk berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mengambil
peralatan di stor peralatan. Setelah selesai, kami menjalankan
praktikal membersihkan peralatan yang dinyatakan tadi. Kami sebaiknya
melakukannya seperti yang dinyatakan .
Setelah
selesai, kami dikumpulkan semula untuk mendengar penerangan mengenai
cara melipat napkin. Kami sungguih teruja untuk melakukannya. Kami
lihat ada tiga jenis lipatan yang sungguh menarik di atas meja.
Napkin folded itu dihasilkan oleh lecturer yang kelihatan tersergam
indah.
Tetapi
lecturer kami memanggil nama para pelajar untuk membentangkan cara
lipatan napkin masing masing. Tetapi tidak semua nama yang dipanggil
memandangkan masa tidak mengizinkan. Setelah demo dijalankan, kami
sangat berpuas hati kerana dapat mempelajari ilmu baru pada hari ini.
Kami hanya menanti hari berikutnya untuk memasuki kelas FNB SERVICE
sekali lagi.
Itu
sahaja untuk perkembangan kelas pada kali ini. Selepas ini InsyaAllah
akan menyusul beberapa perkembangan terbaru mengenai baekpunyeservice
ini. Akhir kata dari kami “keep calm and smile!!!” peace yaw..
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment